Cadangan tangguh PRN bukti DAP tidak mampu tadbir negara – Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini membidas cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang menyarankan kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN).

Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebook mempersoalkan cadangan tersebut kerana negara pernah berdepan krisis ekonomi sebelum ini tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

“Dulu zaman Barisan Nasional menjadi kerajaan, kita juga menghadapi krisis ekonomi (tapi) tiada pula cadangan untuk isytihar darurat.

“Hari ini krisis ekonomi berlaku di negara lain juga, tetapi tiada yang mencadangkan perkara sama,” katanya hari ini.

Muhamad Akmal mengulas kenyataan Pengerusi DAP Melaka sebelum ini yang mencadangkan kerajaan negeri Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Cadangan itu dibuat bagi menangguhkan pilihan raya negeri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menyifatkan cadangan berkenaan sebagai tanda ketidakmampuan mentadbir negara dengan baik.

“Bila Ahli Parlimen DAP cadang isytihar darurat, maknanya kamu sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik.

“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu daripada menjadi kerajaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img