SEORANG pengasuh wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya di Taman Permaipura, Bedong.
Bayi tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh terlibat pada jam 2.15 petang, Isnin lalu memaklumkan bahawa anak tunggalnya terjatuh daripada kerusi semasa disuap makan dan tidak sedarkan diri.
Katanya, kejadian berlaku di Taman Permaipura, Bedong, manakala ibu dan bapa bayi berkenaan adalah kakitangan hospital swasta di Sungai Petani.
“Bayi itudisahkan meninggal dunia pada jam 10.42 pagi tadi (hari ini) di hospital, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.






