Pengundi muda, warga Johor di perantauan jadi penentu-Zaliha

PENGUNDI muda dan warga Johor di perantauan akan menjadi penentu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  pada 11 Julai ini.

Ketua PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pilihan raya ditentukan oleh pengundi, bukannya ramalan.

“Setiap orang berhak mempunyai analisis politik masing-masing, tetapi pilihan raya tidak ditentukan oleh ramalan atau tinjauan pendapat. Ia ditentukan oleh rakyat di peti undi,” katanya.

Beliau  mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming, bahawa peluang Barisan Nasional untuk mengekalkan negeri itu dengan kemenangan besar semakin meningkat, lapor FMT.

Kian Ming ,  bekas ahli jawatankuasa pusat DAP dan bekas Ahli Parlimen Bangi selama dua penggal, meramalkan BN boleh memenangi 53 daripada 56 kerusi pada PRN itu manakala PH berkemungkinan mengambil baki tiga kerusi. Beliau juga meramalkan Perikatan Nasional mungkin tumpas sepenuhnya.

Mengulas Zaliha yang menghargai pandangan Kian Ming berkata,  salah satu faktor utama dalam menentukan keputusan pilihan raya, iaitu pengundi muda dan rakyat Johor yang tinggal di luar negeri itu.

 “Sebab itu kami bekerja keras dan menggalakkan semua orang pulang mengundi. Setiap undi adalah penting jika kita mahu memastikan Johor terus bergerak ke arah yang betul,’’ katanya.

Beliau juga mengingatkan agar tidak membuat andaian bahawa pengundi sudah membuat keputusan, menyatakan seseorang tidak sepatutnya “memandang rendah kebijaksanaan pengundi Johor”.

Zaliha berkata maklum balas di lapangan adalah menggalakkan.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pilihan raya 2022 tidak sepatutnya digunakan sebagai kayu pengukur untuk pemilihan kali ini kerana “ramai tidak keluar mengundi disebabkan pandemik Covid-19”.

Sentimen di lapangan kini berbeza, katanya, kerana rakyat Johor “boleh melihat perbezaan” iaitu kestabilan politik, ekonomi yang semakin baik, dan peningkatan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, yang akan terlibat dalam persaingan tiga penjuru bagi DUN Larkin, berkata peratusan keluar mengundi akan menjadi faktor penentu.

 “Jika peratusan keluar mengundi tinggi, ia akan menyebelahi PH. Jika peratusan keluar mengundi rendah, ia akan memberi kelebihan kepada BN”.

Beliau menolak kenyataan Nazifuddin Razak, anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahawa kemenangan besar BN di Johor akan menjadi isyarat sokongan terhadap pengampunan diraja untuk bapanya.

“Kenyataan itu hanya mendapat sambutan dalam kalangan penyokong UMNO  tertentu sahaja. Masyarakat Johor secara amnya dilihat tidak memberikan banyak perhatian kepada perkara itu,” kata Suhaizan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img