Penjaja makanan mengaku tidak bersalah rakam adik kandung mandi

SEORANG penjaja makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu pahat hari ini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan adik kandungnya sendiri dengan merakam video mangsa ketika sedang mandi tanpa pengetahuan wanita itu.

Tertuduh berusia 37 tahun yang juga duda seorang anak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan adiknya berusia 26 tahun dengan merakam video mangsa ketika mandi di sebuah rumah antara 16 Februari hingga 3 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mendakwa dipanggil masuk ke bilik tidur tertuduh sebelum lelaki itu menunjukkan rakaman video dirinya sedang mandi yang dirakam menggunakan telefon bimbit.

Siasatan mendapati video berkenaan dipercayai dirakam melalui ruang bawah pintu bilik air yang rosak tanpa pengetahuan mangsa.

Mangsa kemudian meminta tertuduh memadamkan rakaman terbabit namun lelaki itu enggan berbuat demikian sebelum wanita berkenaan membuat laporan polis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan sebelum dihantar ke Penjara Satelit Ledang di Tangkak untuk tahanan sementara.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi serahan dokumen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img