Penolong pengurus bank didakwa pecah amanah RM325,000

SEORANG penolong pengurus bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Segamat hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai RM325,000 milik majikannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Faiz Azaman, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang diamanahkan dengan wang berkenaan atas kapasiti sebagai penolong pengurus bank didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah RM325,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Genuang pada jam 12.41 tengah hari, 7 November lalu, lapor BH.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Aina Muhammad Ismail Tadj mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan sebelum ini menawarkan jaminan RM60,000, namun mahkamah selepas mendengar rayuan tertuduh membenarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 Januari depan bagi penyerahan dokumen serta pelantikan peguam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here