Wanita warga emas maut digilis bas

SEORANG wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas dalam kemalangan jalan raya berhampiran Pasar Sentral Sibu, Jalan Channel, hari ini.

Mangsa, Baya Ramba, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.38 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 10.25 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here