Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan

SEORANG penunggang motosikal berusia 22 tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Terowong 2, Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT), Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan berlaku kira-kira 9.50 pagi melibatkan motosikal Yamaha 135LC, kereta Honda City serta lori.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal bergerak di lorong kanan sebelum dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan Honda City yang berada di lorong sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kereta itu dipandu lelaki berusia 28 tahun, manakala lori berkenaan dipandu lelaki berusia 40 tahun.

Katanya, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh ke lorong kiri sebelum dilanggar lori kerana pemandunya gagal mengelak mangsa.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zamzuri berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03 20719999 atau balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here