Penuntut kolej vokasional terbunuh motosikal bertembung kereta di Kota Tinggi

SEORANG penuntut Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru yang dikenali sebagai Intan Darwiena Abdullah maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai-Desaru di Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman dalam satu kenyataan berkata,  kejadian dipercayai berlaku pada jam 10.40 malam melibatkan motosikal jenis Honda Beat ditunggang mangsa berusia 20 tahun dan kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita berusia 35 tahun.

“Siasatan mendapati kereta tersebut yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Johor Bahru telah hilang kawalan sebaik tiba ke lokasi lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkenaan.

“Akibatnya, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta mengalami kecederaan sakit pada bahagian dada dan dirawat di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

“Pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img