DBKL sita 13 gerai warga asing berniaga tanpa lesen di Pasar Harian Selayang

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Selayang Baru dan Pasar Harian Selayang, semalam.

Operasi yang dijalankan memfokuskan pemeriksaan terhadap aktiviti perniagaan melibatkan penjualan barangan am, runcit, barangan basah, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain yang dipercayai dijalankan tanpa lesen sah.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, hasil operasi tersebut sebanyak empat notis kompaun dikeluarkan ke atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Selain itu, sebanyak 13 tindakan sita dan pindah barangan turut dilaksanakan terhadap peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah,” menurut kenyataan itu.

Menurut DBKL, tindakan itu turut membabitkan individu yang menggunakan kad pelarian daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai dokumen pengenalan.

“Kesemua barangan dan peralatan perniagaan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan tindakan lanjut dan dokumentasi,” katanya.

DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016.

“Semua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dalam operasi itu dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan dan dokumentasi lanjut.

“Kami akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img