Perlu tindakan pantas tangani penipuan,jenayah kewangan – MACA

USAHA  menangani penipuan dan jenayah kewangan perlu beralih daripada sekadar pengesanan kepada tindakan pantas bagi mengganggu aliran kewangan haram, melumpuhkan rangkaian jenayah dan mencegah kejadian berulang.

Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, perkembangan teknologi telah menjadikan penipuan, rasuah, jenayah siber dan pengubahan wang haram semakin saling berkait serta kompleks.

Menurut beliau, penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), forensik digital dan analitik lanjutan perlu disokong dengan kepakaran, pertimbangan profesional dan akauntabiliti manusia bagi memperkukuh keupayaan menangani jenayah kewangan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama semasa seminar “Fraud & Financial Crime: From Detection to Disruption in the Outcomes Era” di  Kuala Lumpur, hari ini.

Sebahagian peserta yang menghadiri Seminar “Fraud & Financial Crime: From Detection to Disruption in the Outcomes Era” di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam masa sama, Mohamad Zamri menekankan kepentingan kerjasama antara institusi kewangan, pengawal selia, agensi penguatkuasaan, penyedia telekomunikasi serta rakan antarabangsa dalam memastikan maklumat yang berpecah dapat digabungkan bagi membentuk gambaran menyeluruh mengenai rangkaian jenayah.

Beliau turut menegaskan peranan MACA dalam memperkasa generasi baharu pegawai penguat kuasa dan pengamal integriti melalui pembangunan kompetensi dalam bidang risikan kewangan, siasatan digital, pemulihan aset, pengurusan risiko rasuah, risiko perolehan serta jenayah kewangan kompleks.

‘’Strategi mendepani jenayah kewangan pada masa hadapan tidak boleh bergantung pada teknologi semata-mata sebaliknya  memerlukan gabungan kepakaran, integriti, kolaborasi dan tindakan tegas bagi memastikan jenayah kewangan lebih sukar dilakukan.,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here