Pesara guru rugi RM165,900 diperdaya phone scam

SEORANG pesara guru wanita kerugian RM165,900 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 64 tahun menerima panggilan daripada suspek pada 23 November lalu yang mendakwa wanita itu terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Menurutnya, suspek turut mengugut keselamatan anak-anak mangsa selain mendesak wanita berkenaan membuat pinjaman peribadi sebanyak RM130,000 bagi kononnya menyelesaikan kes tersebut.

“Mangsa kemudian membuat tiga transaksi pembayaran berjumlah RM36,000 ke tiga akaun berbeza seperti diarahkan suspek selepas pinjaman diluluskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun menyedari terdapat tiga lagi pindahan wang berjumlah RM129,900 dari akaunnya ke akaun tidak dikenali antara 30 Disember 2025 hingga 15 Mac lalu tanpa kebenaran.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendaftar dan mengakses perbankan dalam talian menggunakan identiti mangsa tanpa kebenaran.

“Mangsa membuat laporan polis pada jam 1.21 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img