Pesara wanita rugi lebih RM1.17 juta terperdaya ‘love scam’

SEORANG wanita warga emas berputih mata apabila kerugian lebih RM1.17 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan ‘love scam’ di media sosial.

Mangsa berusia 64 tahun yang juga pesara swasta dikatakan mula berkenalan dengan seorang individu menerusi TikTok sebelum perbualan beralih ke WhatsApp.

Individu terbabit yang menyamar sebagai warga asing dipercayai menggunakan gambar serta dokumen palsu bagi memancing kepercayaan mangsa.

Menurut sumber polis, mangsa dipujuk dengan kata-kata manis selain dijanjikan hubungan serius, malah suspek turut mendakwa terbabit dalam projek cari gali yang memerlukan bantuan kewangan.

Suspek juga memberi alasan akaun banknya dibekukan, sekali gus meyakinkan mangsa untuk membuat bayaran pendahuluan.

“Tanpa menyedari dirinya ditipu, mangsa melakukan sebanyak 59 transaksi ke sembilan akaun pihak ketiga dengan jumlah keseluruhan mencecah RM1,173,700.

“Kegiatan itu hanya terbongkar selepas mangsa berbincang dengan ahli keluarga sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali di media sosial, khususnya yang menawarkan hubungan cinta dalam tempoh singkat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img