PGA rampas rokok seludup, sitaan cecah RM1.1 juta

KIRA-kira 500,000 batang rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di Jalan Tawau Lama, berhampiran Kampung Icebox Titingan, Tawau, awal pagi semalam.

Dalam operasi Op Taring Alpha 1 kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang memandu van turut ditahan.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nor Omar Sappi berkata, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau susulan maklumat awam.

Katanya, pihaknya menahan sebuah van putih sebelum pemeriksaan menemukan pelbagai jenis rokok dan tembakau yang dipercayai diseludup.

“Rampasan membabitkan kira-kira 276,000 batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM540,000 dan 216,000 batang rokok kretek bernilai RM422,400.

“Turut dirampas 880 bungkusan kecil tembakau seberat kira-kira 35.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM704,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keseluruhan nilai rampasan dan sitaan termasuk van yang dianggarkan bernilai RM140,000 berjumlah RM1,103,104.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here