Mayat lelaki bertatu bintang ditemukan hanyut di sungai

MAYAT lelaki yang mempunyai tatu berbentuk bintang pada leher kanan ditemukan hanyut di sungai berhampiran Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam pada jam 9.35 pagi.

Katanya, identiti dan status kewarganegaraan lelaki berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Mayat lelaki berbadan berisi itu ditemukan tanpa baju, hanya memakai seluar jeans biru dan stoking.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kecederaan pada kulit lengan kiri, selain tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada jam 7.40 malam hari sama di Hospital UiTM Puncak Alam oleh pakar patologi forensik.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sehubungan itu, Mohd Hafiz meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti lelaki terbabit atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil membantu polis mengesan warisnya.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Hafiz Seleman menerusi talian 016-4507492 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here