PH hormati keputusan BN tidak kerjasama dengan GRS – Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu tidak tersepit dalam keputusan berkenaan, malah akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian.

“PH akan terus berbincang juga dengan BN dan GRS. Kita akan terus berunding, apa pun berunding dengan baik dan mencari penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan  hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan.

Ahmad Zahid berkata sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah.

Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Sementara itu ketika menyampai tausiah di program berkenaan Perdana Menterimenyeru umat Islam untuk memperkukuh kefahaman agama, memelihara akhlak serta menghayati roh perjuangan Rasulullah SAW, sebagai usaha merealisasikan konsep Malaysia MADANI.

Beliau berkata umat Islam perlu mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah SAW yang menjadi pedoman terbaik dalam semua aspek kehidupan termasuk ilmu, amal, kasih sayang serta akhlak Baginda.

“Islam itu tegak dengan iman, ilmu dan kesedaran, amal dan semangat roh untuk melangkah maju…Keperibadian Rasulullah SAW mempunyai akhlak, amal peribadi (terbaik) keseluruhan harus menjadi pedoman,” kata beliau.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img