Piala Dunia:  Kementerian Komunikasi faham denyut nadi rakyat – SAM

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyifatkan langkah menjadikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2026 membuktikan  Kementerian Komunikasi memahami denyut nadi rakyat, khususnya peminat bola sepak, untuk bersama-sama merasai keterujaan kejohanan tersebut.

Presidennya, Norismadi Abd Manap berkata, pengumuman berhubung perkara itu yang dibuat oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menamatkan kegusaran peminat bola sepak tempatan sebelum ini.

Katanya, kebimbangan peminat terhadap kemungkinan terlepas aksi perlawanan pada Jun dan Julai itu kini terubat, sekali gus membolehkan mereka kembali teruja menantikan temasya berkenaan.

“Perkembangan ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada peminat, malah membuktikan kerajaan peka terhadap kegusaran yang disuarakan sebelum ini.

“Saya merakamkan penghargaan atas usaha Kementerian Komunikasi yang sangat bermakna ini kerana ia jelas memahami denyut nadi rakyat, khususnya peminat bola sepak, untuk bersama-sama merasai keterujaan kejohanan tersebut,” katanya ketika dihubungi RTM.

Semalam, Fahmi berkata, RTM sebagai penyiar utama Piala Dunia 2026 selaras komitmen Kerajaan MADANI memastikan akses tontonan inklusif kepada seluruh rakyat.

Katanya, RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda menerusi MyTV Broadcasting, selain platform penstriman RTM Klik.

“Sementara kesemua 104 perlawanan pula akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, sekali gus memberi pilihan menyeluruh kepada peminat bola sepak di negara ini,” katanya pada sidang media mingguan,

Mengulas mengenai pemilihan RTM sebagai penyiar utama, Fahmi berkata ia mencerminkan usaha kerajaan memastikan siaran kejohanan berprestij itu dapat dinikmati secara percuma dan meluas, khususnya kepada rakyat di seluruh negara tanpa mengira lokasi.

Bagi memastikan akses menyeluruh kepada orang ramai, perlawanan bakal ditawarkan menerusi pelbagai platform termasuk siaran percuma (Free-to-Air) melalui RTM, MyTV dan aplikasi RTM Klik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img