PM Pakistan doakan prosedur perubatan Anwar berjalan lancar

PERDANA Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mendoakan pemeriksaan dan prosedur perubatan yang dijalani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar serta dikurniakan kesihatan yang baik.

Shehbaz berkata, rakyat Pakistan turut bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Anwar.

“Saya mendoakan saudara saya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, agar prosedur perubatan yang dijalaninya berjalan lancar serta beliau dikurniakan kesihatan yang baik.

“Semoga Allah SWT mempermudah urusannya dan membolehkan beliau kembali menjalankan tugas dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan bahawa Anwar sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here