Pemandu jengkaut larikan pemilik kedai emas dipenjara 30 bulan, denda RM3,000

SEORANG pemandu jengkaut dihukum penjara 30 bulan dan denda RM3,000 di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melarikan pemilik kedai emas di Kampung Palekbang, Tumpat Mei tahun lalu.

Tertuduh, Saifuldin Mohammad, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melarikan Marzuki Mustapha, 45, secara paksa dengan niat menyebabkan mangsa dikurung dengan sulit dan salah.

Perbuatan itu dilakukan jam 7.20 pagi di tepi jalan di Kampung Palekbang, Tumpat pada 20 Mei 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh untuk memberi pengajaran.

Tertuduh merayu supaya mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadapnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img