PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk setiap mangsa banjir di Selangor

KERAJAAN mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi membantu meringankan beban mereka susulan bencana yang melanda negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran bantuan berkenaan dijangka bermula esok (10 November 2026) manakala kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, bantuan tambahan itu bertujuan membantu mangsa menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

“Bantuan tunai tambahan khas RM2,500 ini disediakan kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi meringankan beban mereka, khususnya untuk menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah,” katanya menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.

Arahan itu dilihat sebagai antara langkah kerajaan untuk memperkukuh usaha mengurangkan risiko banjir serta melindungi penduduk di kawasan yang sering terjejas.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here