PN serah penjelasan dua minggu lagi, mahu jumpa KP RoS

PERIKATAN Nasional (PN) akan menyerahkan penjelasan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung isu berbangkit membabitkan gabungan politik itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN kini dalam proses akhir menyiapkan jawapan lengkap bagi memenuhi tempoh 30 hari yang diberikan oleh agensi berkenaan.

“Selain itu, pimpinan tertinggi PN turut menghantar surat rasmi semalam bagi memohon perjumpaan khas dengan Ketua Pengarah RoS bagi memberikan serta mendapatkan pencerahan lanjut mengenai situasi sebenar apa yang berlaku,” katanya kepada media di Kota Bharu.

Semalam RoS mengeluarkan notis menggantung kegiatan PN serta-merta dan memberi tempoh 30 hari bagi menjawab notis tunjuk sebab meminta PN memberi penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, jika penjelasan PN memuaskan RoS  mungkin tidak membatalkan pendaftaran gabungan itu.

“Jika penjelasan kita memuaskan hati RoS, mungkin tidak batal. Kalau penjelasan tidak memuaskan, mungkin batal, Itu sahaja. Kita tidak dapat jangka apa motif di sebalik tindakan kerana notis tunjuk sebab dikeluarkan ketika hari Ketua Menteri Melaka mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negara (DUN),” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here