Polis Bukit Aman ambil keterangan 10 bekas Exco NS esok

POLIS Bukit Aman akan mengambil keterangan daripada sepuluh bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan esok.

FMT melaporkan, sumber memberitahu  kesemua mereka akan memberi keterangan kepada pegawai Bukit Aman di sekitar pusat pentadbiran negeri di Seremban.

“Pegawai dari Bukit Aman akan turun ke Negeri Sembilan esok, bukan exco yang pergi ke Bukit Aman. Semua barisan exco sedia memberikan kerjasama penuh,” kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menyatakan secara terperinci isu yang sedang disiasat polis, namun tidak menolak kemungkinan ia berkait rapat dengan isu adat dan perlembagaan yang berlaku di negeri berkenaan.

Sebelum ini satu laporan polis dibuat oleh parti Putra terhadap tindakan barisan exco kerajaan negeri itu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 15 September berkaitan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 20 Sept lalu, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan exco terbabit yang berkuat kuasa serta-merta sebelum perkara itu diwartakan.

Warta berkenaan menyatakan pelantikan mereka dibatalkan berkuat kuasa 20 Sept oleh Tuanku Muhriz. Warta itu menyebut pelantikan mereka dibatalkan dan terbatal kerana melanggar ikrar taat setia kepada Tuanku Muhriz.

Sepuluh bekas exco itu terdiri daripada tujuh wakil UMNO, iaitu Datuk Mustapha Nagoor (Palong), Datuk Faizal Ramli (Linggi), Datuk Zaiful Bahri Idris (Chembong), Razi Ali (Sungai Lui), Datuk Asna Amin (Lenggeng), Siti Nur Umaira Hasim (Labu) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Baki tiga lagi ialah Siow Kong Choon (Chennah) daripada MCA, wakil Pas Fairuz Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here