Polis buru lelaki curi duit, rantai dalam kuil

POLIS kini giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri wang serta seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang di dalam sebuah kuil di Jalan Tanjong Tualang, Batu Gajah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.52 petang, Sabtu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah mengambil wang yang diletakkan di atas talam selain melarikan seutas rantai leher yang dipakaikan pada patung sembahyang di Kuil Dewi Sri Maha Kaliamman.

“Susulan laporan diterima, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah telah menjalankan siasatan dengan mengumpul keterangan daripada saksi-saksi, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta meneliti semua aspek berkaitan bagi membantu siasatan.

Polis kini sedang giat mengesan dan menangkap suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Mohd Alwi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img