Polis cari lelaki bertindak kasar terhadap kanak-kanak

POLIS sedang mengesan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan lelaki itu bertindak kasar terhadap kanak-kanak berkenaan di sebuah kedai makan di Telipot.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung video tular di media sosial aplikasi Threads kira-kira jam 10.24 malam tadi.

Katanya, berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki dilihat bertindak kasar dengan menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya.

“Rakaman itu dipercayai berlaku di sebuah kedai makan masakan Thai di Telipot dan video berkenaan dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya.

“Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azmir berkata, pihak polis kini menjalankan usaha untuk mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim di talian 011-11136722 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here