Aktiviti pemerasan di Pulau Tikus: Tiga anggota polis direman bantu siasatan

TIGA anggota polis direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit aktiviti pemerasan di Pulau Tikus pada 6 Ogos lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin terhadap suspek masing-masing berpangkat Sarjan, Lans Koperal dan Konstabel berusia antara 30 hingga 48 tahun bermula hari ini sehingga 16 September.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Difahamkan, kes membabitkan pengadu bersama tiga lagi sepupunya pergi ke Jalan Ladang Hong Seng, Pulau Tikus bagi mencari saudara rakannya yang didakwa ditahan polis.

Namun mereka ditahan tiga suspek terbabit jam 2.30 pagi, pada 6 Ogos lalu.

Mangsa mendakwa tangan mereka digari dan diugut akan dikait dengan kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) jika tidak menyerahkan wang sebanyak RM20,000.

Mangsa yang ketakutan dipaksa mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di Jalan Burma sebelum menyerahkan sebanyak RM13,000 kepada seorang daripada suspek bagi membebaskan mereka.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here