Polis kesan lelaki warga Myanmar bantu siasatan kes bunuh

POLIS sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi membantu siasatan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki terbabit ialah Mohd Ilyas Mohd Islam memegang kad UNHCR bernombor 134-13C00745.

“Orang awam yang mengenali dan mengetahui keberadaan Mohd Ilyas Mohd Islam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar, Asisten Superintenden Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim menerusi talian 019-993 9200 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, lelaki terbabit dicari berkaitan penemuan tulang manusia secara berasingan di Kangar pada 5 Ogos dan 26 Julai lalu.

Kedua-dua kes itu, kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 5 Ogos lalu, polis menemukan satu lagi bungkusan guni berisi tulang berhampiran lokasi sama penemuan tulang manusia di Behor Mali pada 26 Julai sebelum itu.

Yusharifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, penemuan terbaharu itu terletak pada jarak kira-kira 31.1 meter dari lokasi penemuan pertama yang dilaporkan sebelum ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here