POLIS menahan seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki merogol seorang wanita berusia 19 tahun dalam kejadian di Kampung Kuar, Tawang, dekat Bachok, bulan lalu.
Suspek berusia 32 tahun itu diberkas kira-kira jam 9 malam semalam di kawasan sama lokasi kejadian dipercayai berlaku.
Pagi tadi, polis memperoleh perintah reman selama enam hari terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Bachok bagi membantu siasatan.
Kejadian dipercayai berlaku pada 29 Jun lalu dan siasatan polis masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.






