Polis tahan wanita kes gugur, tanam janin

SELEPAS menahan seorang lelaki semalam, polis hari ini mendapat perintah untuk menahan reman seorang wanita yang disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menggugur janin sebelum ditanam di kebun dan belakang rumahnya.

Perintah reman sehari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 315 dan Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Suspek baru keluar dari hospital semalam selepas menerima rawatan akibat sakit belakang yang dipercayai kesan daripada tindakannya menggugur janin berusia 17 minggu.

Dalam kejadian itu, suspek bersama teman lelakinya berusia 27 tahun yang sedang direman empat hari disyaki menggugur janin itu sebelum memintanya menanam.

Perbuatan itu terbongkar apabila suspek menceritakan kejadian sebenar kepada doktor yang merawatnya. Susulan itu, pihak hospital menghubungi polis bagi memaklumkan perkara ini.

Semalam polis membawa teman lelaki suspek ke dua lokasi yang disyaki janin itu ditanam di sebuah tanah rancangan di Kluang.

Turut sama, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi mengesan lokasi janin itu ditanam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img