ARENA politik Perlis di ambang pergolakan apabila lapan ADUN negara itu dikatakan menarik sokonga terhadap Menteri Besar Shukti Ramli.
Portal berita FMT melaporkan, sumber Perikatan Nasional (PN) memberitahu kesemuaka mereka dikatakan telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamallail pada Jumaat lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri.
Menurut sumber itu, lima daripada mereka adalah wakil rakyat Bersatu “Selain itu, tiga wakil rakyat PAS juga dikatakan menarik sokongan terhadap Shukri,” kata sumber tersebut.
Sejak pilihan raya negeri 2022, PN menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis. Tanpa sokongan lapan wakil rakyat itu, Shukri bakal kehilangan majoriti mudah untuk terus menjadi menteri besar.
Sumber itu mendakwa Bersatu berada di sebalik tindakan itu untuk menguasai negeri dan melantik menteri besar dari wakilnya.
Sumber turut memaklumkan Shukri yang juga ADUN Sanglang telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagi membincangkan dakwaan plot untuk menyingkirkannya.
Hari ini, Bernama melaporkan Shukri sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas mengalami sakit dada ketika pulang dari lawatan ke luar negara.


