Presiden Venezuela dan isteri ‘ diculik’ AS, didakwa di daerah Selatan New York atas pelbagai pertuduhan jenayah

PEGUAM  Negara Amerika Syarikat (AS) Pam Bondi memaklumkan pada Sabtu bahawa Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah didakwa di Daerah Selatan New York atas pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk “narko-keganasan”, lapor Anadolu Ajansi.

“Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah didakwa di Daerah Selatan New York.

“Nicolas Maduro telah didakwa atas pertuduhan Konspirasi “Narko-Keganasan”, Konspirasi Pengimportan Kokain, Pemilikan Mesingan dan Peranti Pemusnah, serta Konspirasi Memiliki Mesingan dan Peranti Pemusnah terhadap Amerika Syarikat,” kata Bondi menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan beliau menyusul selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa AS telah berjaya melaksanakan serangan besar-besaran terhadap Venezuela.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img