MCMC siasat salahguna AI di platform X

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius aduan orang awam berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) di platform X, termasuk penggunaan AI untuk memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan yang tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

Dalam satu kenyataan, MCMC menegaskan bahawa penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang antara lainnya melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan yang berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

‘’MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM. Dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), platform dalam talian dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak,’’ kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform tersebut tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan.

‘’MCMC kini sedang menyiasat kemudaratan dalam talian yang berlaku di X dan akan memanggil wakil platform berkenaan. MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian, khususnya berkaitan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

‘’Pengguna Internet dan mangsa dinasihatkan untuk melaporkan kandungan memudaratkan kepada platform berkaitan serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian MCMC,’’ katanya kenyataan tersebut

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img