PRN Johor: DAP pertaruh calon Melayu di DUN Tiram

DAP mempertaruhkan calon Melayu, Nor Zulaila Abd Ghani, 38, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman calon yang mesra dipanggil Lily itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dalam satu majlis di Plentong hari ini.

NOR Zulaila Abd Ghani

Nor Zulaila merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 2018 dan mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pembangunan komuniti serta pentadbiran kerajaan.

Anak jati Lenga, Muar itu pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Bangi, Pengurus Penyelaras DUN Semenyih serta Pembantu Ahli Parlimen Serdang.

Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Timbalan Menteri Kewangan.

DUN N40 Tiram sebelum dibubarkan ditadbir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN), Azizul Bachok.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img