PRN Melaka: Jangan runding di media sosial, kita akan panggil semua parti berbincang – Ab.Rauf

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Melaka Ab Rauf Yusoh mengingatkan pihak yang mahu bekerjasama dengan partinya pada PRN tidak merundingkan perkara itu menerusi media sosial.

Katanya, langkah itu hanya menimbulkan persepsi kurang baik rakyat terhadap parti politik yang akan mengambil bahagian pada pilihan raya itu nanti.

“Tak perlu kita berunding dalam media sosial. Kita akan keluarkan surat rasmi kepada semua parti untuk membentangkan bagaimana mereka boleh menjadi rakan strategik terbaik (kepada BN) dan kita akan bentang pada semua peringkat untuk kita buat keputusan.

“Setakat ini, saya amat menghormati semua parti yang berminat untuk bersama-sama kita tetapi ini tertakluk kepada perbincangan rasmi kita yang akan dilakukan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2026 Peringkat Kebangsaan, hari ini di Melaka.

Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup dan timbalannya Syed Ibrahim Syed Noh serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Salhah Salleh.

Rauf berkata, BN setakat ini memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk melakukan rundingan berhubung PRN Melaka.

“Kita tidak menutup pintu serapat-rapatnya dan kita juga tidak membuka pintu seluas-luasnya untuk rundingan,” katanya.

Pada PRN Melaka lalu, BN yang dipimpin Rauf membentuk kerajaan negeri selepas menang 21 daripada 28 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Penggal DUN Melaka berakhir pada 30 Dis ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here