PRN Melaka : Percanggahan rundingan kerusi uji kematangan politik BN-PN

PERCANGGAHAN kenyataan berhubung status rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menguji kematangan politik kedua-dua gabungan dalam mencapai kesepakatan.

Pensyarah dan Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Abd Hamid berkata, kesepakatan masih boleh dicapai sekiranya semua parti bersedia berkompromi dan bersikap terbuka.

“Percanggahan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menimbulkan persoalan sama ada rundingan berkenaan benar-benar mencapai persetujuan muktamad.

“Jika pertikaian berlarutan, kerjasama di peringkat akar umbi boleh terjejas.

Dr.Mohd Azhar.

“Pada saya, isu sebenar bukanlah pembahagian kerusi, tetapi lebih utama adalah soal kepercayaan, kompromi dan disiplin dalam kalangan pimpinan parti,” katanya kepada utusanmelayuplus.

Mengulas kemampuan PN mencabar Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka, Mohd Azhar berkata, kekuatan gabungan itu bergantung pada kesepakatan calon, kekuatan jentera pilihan raya, isu tempatan dan penerimaan pengundi.

Katanya, kesepakatan pembahagian kerusi penting bagi mengelakkan pertembungan sesama parti yang boleh memecahkan undi serta menjejaskan peluang di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata, percanggahan kenyataan antara pimpinan belum membuktikan sokongan pengundi terhadap PN merosot kerana pengundi turut menilai integriti dan kewibawaan calon, manifesto serta kemampuan mereka menyelesaikan masalah rakyat.

“Dalam situasi ini, kematangan politik diukur melalui keupayaan menyelesaikan pertikaian secara berhemah, negosiasi menang-menang serta mengutamakan kepentingan rakyat, bukan kepentingan parti semata-mata,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here