PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini mencatatkan detik hitam kepada arena politik DAP di negeri itu apabila kepuutusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan mereka kalah di kesemua lapan kerusi yang ditandingi.
Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe gagal merampas kerusi Likas daripada Warisan. Phoong tewas kepada Tham Yun Fook. Untuk rekod kerusi Likas memang dimenangi oleh Warisan pada PRN 2020. Ketika itu kedua-dua parti bekerjasama menghadapi parti lawan dalam gabungan Warisan Plus.
Naib Pengerusi DAP Sabah, Jannie Lasimbang, turut gagal untuk memenangi kerusi Kapayan yang disandangnya sebelum ini. Dia turut merupakan penyandang kerusi itu pada PRN yang dilangsungkan pada 2018,
Sementara itu calon muda DAP, Chan Loong Wei, kalah di kerusi Luyang. Dalam PRN lalu DAP memenangi Luyang melalui Phoong.
Calon lain yang dipertaruhkan DAP dalam PRN kali ini ialah Chan Foong Hin (Tanjung Aru); Vivian Wong (Elopura); Tang Szu (Tanjong Papat); Philip Yap Wui Lip (Sri Tanjong) dan Norita Sual (Kemabong).


