PRN Sabah : TIDAK RASMI : Setakat pukul 8.50 malam GRS = 21 Warisan =12 BN=9 UPKO 1  

PILIHAN RAYA  Negeri (PRN) Sabah hari ini menyaksikan beberapa nama besar tewas. Antaranya bekas Menteri Luar Anifah Aman.

Bagaimanapun bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick yang meletakkan jawatan itu beberapa hari sebelum proses penamaan calon, berjaya mencatat kemenangan di Kadamaian.

 Pada masa beberapa Presiden dan ketua parti di Sabah tidak hadapi masalah untuk menang antaranya  Ketua Menteri sementara, Hajiji Noor, yang mengetuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak (BN)

Bagaimana pun bekas Speaker Dewan Negara, Pandikar Amin Mulia kalah di Pintasan.

Mereka yang tewas antaranya Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, Pengerusi PN Sabah Ronald Kiandee dan bekas Menteri Luar , Anifah Aman.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img