Program Rakan Sekitar (RAS) galak penglibatan komuniti jaga alam sekitar – Johari

KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) giat melaksanakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam penjagaan alam sekitar.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ahli RAS turut berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam melaporkan sebarang aktiviti pencemaran serta terlibat dalam program kesedaran dan gotong-royong.

‘’Namun begitu, isu pencemaran sungai di negara ini amat penting untuk ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

‘’ Kebersamaan dan penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu kemerosotan kualiti air sungai perlu dipertingkatkan demi menjamin kesejahteraan rakyat,’’ katanya sambil menjelaskan RAS merupakan salah satu usaha bagi memelihara dan memulihara sungai.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing)  yang ingin tahu apakah pelan pemulihan jangka panjang dirancang oleh kerajaan untuk memastikan insiden pencemaran seperti mana berlaku di Sungai Johor tidak berulang di masa depan?

Johari seterusnya memaklumkan selain penubuhan RAS, pelbagai usaha dan strategi secara holistik telah dilaksanakan oleh NRES melalui JAS bagi memelihara dan memulihara sungai.

Ia merangkumi:

  • Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan laporan EIA;
  • Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus;
  • Operasi penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan agensi-agensi lain yang berkaitan;
  • Semua kesalahan melakukan dan menyebabkan pencemaran air yang tertakluk AKAS 1974 akan dikenakan tindakan tegas;
  • Memberi input pembangunan kepada PBT berkaitan dengan penempatan sesuatu aktiviti pembangunan, keperluan langkah-langkah kawalan pencemaran dan kawalan pencemaran
  • NRES melalui JAS juga sedang giat melaksanakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam penjagaan alam sekitar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img