Tanah runtuh di Tanah Rata, penduduk Apartmen Punca Arabella terputus hubungan

LALUAN  masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli  dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira 8.30 malam.

“Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya

Azri berkata beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img