Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika daki Gunung Elbrus di  Rusia

KEMENTERIAN Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, mengesahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia semalam  ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia.

Dalam satu kenyataan kementerian itu memaklumkan,  mendiang adalah sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.

“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sudah berhubung dengan keluarga mendiang serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian itu bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,” kata kenyataan tersebut.

Pergunungan Caucasus, Republik Kabardino-Balkaria, Rusia, berhampiran sempadan Georgia adalah setinggi 5,642 meter (18,510 kaki).

Ia  merupakan gunung tertinggi di Rusia dan secara umum diiktiraf sebagai puncak tertinggi di benua Eropah, menjadikannya salah satu daripada “Seven Summits” (tujuh gunung tertinggi di setiap benua).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img