Remaja 14 tahun dakwa dirogol kenalan WhatsApp

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol kenalan lelaki yang baru dua bulan dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Padang Rengas semalam.

Kejadian bermula apabila suspek berusia 20 tahun bertindak mengambil mangsa di rumah keluarganya di Lenggong kira-kira jam 10 malam untuk keluar makan di Taiping.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam perjalanan pulang, suspek telah membawa mangsa singgah ke sebuah rumah di Padang Rengas sebelum bertindak merogol remaja tersebut.

“Kejadian berlaku antara jam 10 malam sehingga jam 1.30 pagi. Sebaik menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Lenggong, mangsa telah disoal oleh abangnya sebelum dia menceritakan kejadian sebenar,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mengenali suspek menerusi rakannya dan sering berhubung melalui media sosial, namun ini adalah kali pertama mereka bertemu secara bersemuka.

Kataya, laporan polis telah dibuat oleh mangsa hari ini dan mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk pemeriksaan perubatan lanjut.

“Polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img