Remaja perempuan disamun, dirogol cedera akibat dipukul

REMAJA perempuan yang ditemukan dalam kawasan semak selepas disamun dan dirogol di Palekbang, Tumpat pagi semalam, cedera akibat dipukul menggunakan sebatang kayu oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Remaja berusia 15 tahun itu dijumpai dalam keadaan separuh sedar dengan mengalami kecederaan di muka, kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 50-an memaklumkan anak perempuan itu tidak pulang selepas keluar beriadah.

“Bapa mangsa mencarinya sejak jam 10 pagi semalam sebelum dihubungi kenalan yang memberitahu anaknya itu sudah dijumpai di kawasan semak berhampiran tali air di Kampung Mesira, Palekbang.

“Lelaki itu ke lokasi dan melihat anaknya dalam keadaan separuh sedar serta mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu.

“Mangsa juga dirogol di tempat kejadian dan telefon bimbitnya turut dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Khairi berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 394 KK.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zulazri di talian 011-11486922,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img