Remaja perempuan maut motosikal rempuh pikap

SEORANG remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pikap yang dipercayai berhenti di bahu jalan di Kilometer 9, Jalan Lambir, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun cedera parah sebelum maut di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai terperosok di bawah kenderaan berkenaan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang pikap terbabit.

“Siasatan awal mendapati pikap dipandu lelaki berusia 61 tahun dalam perjalanan dari arah Bintulu menuju ke Miri sebelum dipercayai memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

“Ketika kenderaan itu berada di bahu jalan, sebuah motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang pikap terbabit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Farhan berkata, pemandu pikap terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nor Afifah Binti Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here