Remaja warga asing didakwa rogol warga emas

Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sandakan hari ini, atas pertuduhan merogol wanita warga emas berusia 61 tahun pada Mac lalu.

Tertuduh, Alimanja Arioski, 19, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 7, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi pada 21 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memasuki rumah mangsa sebelum mengugut wanita itu dan merogolnya serta melarikan beberapa barang milik mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Hakim Roslinda Razali kemudiannya menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmin Walter manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, di mahkamah sama, Roslinda menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah merompak serta mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dalam kejadian sama.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tangkap pada 21 Mac lalu serta mengarahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img