Rundingan AS-Iran belum dianggap penyelesaian muktamad ketidaktentuan pasaran tenaga global

RUNDINGAN antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran belum boleh dianggap penyelesaian muktamad terhadap ketidaktentuan pasaran tenaga global ketika ini.

 Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir berkata, perkembangan terkini di Asia Barat perlu dipantau kerana keadaan geopolitik di rantau itu masih tidak menentu dan berpotensi mempengaruhi bekalan minyak dunia.

Berdasarkan data pasaran minggu lalu, jelasnya, harga minyak mentah Brent mencatatkan penurunan dan kekal di bawah paras USD90 setong, manakala harga minyak spot pula di bawah USD100 setong.

“Ini menunjukkan apa yang berlaku dalam tempoh seminggu lalu memberi kesan positif kepada pergerakan harga minyak.

“Bagaimanapun, untuk mengatakan perkara ini sudah selesai, kita masih menantikan perkembangan di Asia Barat. Walaupun dijangka ada sedikit lagi penurunan harga minyak minggu ini, keadaan masih tidak menentu, lapor Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan perunding AS dan Iran mencapai persetujuan sementara bagi melanjutkan gencatan senjata selama 60 hari dan rangka kerja rundingan nuklear.

Memorandum persefahaman itu masih tertakluk kepada kelulusan muktamad Presiden AS, Donald Trump walaupun perunding kedua-dua pihak sebahagian besarnya telah memuktamadkan syarat perjanjian.

Akmal berkata, isu utama ketika ini ialah memastikan bekalan minyak mentah terus berada dalam pasaran global memandangkan Selat Hormuz belum dibuka sepenuhnya.

Menurutnya, sebarang gangguan di laluan itu boleh memberi kesan kepada rantaian bekalan tenaga dan menjejaskan kestabilan harga minyak dunia.

Justeru, kata beliau, kerajaan akan terus menyelaras langkah intervensi diperlukan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran sehingga keadaan kembali reda.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img