Samun bersenjata : Lelaki cedera diserang empat suspek

SEORANG lelaki cedera selepas rumahnya disamun sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek dekat Sepang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki berusia 35 tahun berada di rumah bersama ahli keluarganya sebelum didatangi empat suspek.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian samun bersenjata yang berlaku semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama keluarganya telah disamun oleh sekumpulan suspek dipercayai seramai empat orang yang bersenjatakan senjata.

“Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat diserang oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img