Seleweng dana zakat RM230 juta: SPRM tahan 3 individu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan tiga individu termasuk seorang timbalan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki  menyeleweng dana zakat  berjumlah kira-kira RM230 juta.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an telah ditahan antara jam 3 dan 5 petang tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor sekitar Lembah Klang manakala seorang lagi berusia lingkungan 50-an ditahan jam 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

ANTARA kenderaan mewah yang disita SPRM untuk siasatan kes seleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta. GAMBAR: SPRM

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.

“Siasatan turut mendapati timbalan NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi,” kata sumber itu hari ini.

Kata sumber, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.

Menurut sumber, dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes-Benz, rumah juga hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.

Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kesemua suspek dijangka di bawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok untuk permohonan reman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img