Seorang lagi anggota tentera Indonesia disahkan terbunuh di Lubnan

SEORANG lagi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL)  di Lubnan disahkan terkorban.

Mangsa dikenali sebagai Rico Pramudia.

Dalam satu kenyataan hari ini, UNIFIL memaklumkan bahawa anggota berkenaan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat letupan projektil  (peluru mortar) berhampiran Adchit Al Qusayr di selatan Lubnan pada 29 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, mangsa menghembuskan nafas terakhir pada usia 31 tahun selepas hampir sebulan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di Beirut.

UNIFIL dalam kenyataan sama merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kepada TNI, kerajaan dan rakyat Indonesia, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai “kehilangan yang tragis”.

Pasukan pengaman PBB itu turut menggesa semua pihak di Lubnan supaya mematuhi undang-undang antarabangsa serta menghormati keselamatan anggota dan aset PBB.

“Kami menggesa semua pihak mematuhi tanggungjawab masing-masing mengikut undang-undang antarabangsa dan memastikan keselamatan serta perlindungan anggota dan harta PBB pada setiap masa,” menurut kenyataan tersebut.

UNIFIL turut menegaskan bahawa sebarang serangan disengajakan terhadap pasukan pengaman merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi Majlis Keselamatan 1701, dan boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Kematian anggota itu menjadikan jumlah keseluruhan anggota TNI yang terkorban di bawah misi UNIFIL di Lubnan sejak akhir Mac 2026 meningkat kepada empat orang.

Sebelum ini, tiga lagi anggota TNI dilaporkan maut dalam dua insiden berasingan yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img