SELEPAS menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, hari ini bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin dan Ahli Perniagaan Albert Tei didakwa pula di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap atas satu pertuduhan rasuah yang dibacakan secara berasingan melibatkan RM64,924 di hadapan Hakim Nasir Nordin.
Shamsul Iskandar didakwa menerima suapan wang tunai sebagai dorongan membantu syarikat Tei mempunyai kepentingan mendapat kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Country Heights, Kajang, pada 28 Nov 2023 dan 23 Sept 2024.
Tei didakwa memberi suapan wang tunai itu kepada Shamsul Iskandar.
Pertuduhan terhadap Shamsul dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, manakala Tei didakwa bawah Seksyen 17(b) akta sama.
Berita Lanjut Menyusul



