SESI sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung sehari pada 22 Jun ini, dibatalkan susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam.
Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media hari ini.
“Batal,” katanya ringkas.
Pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dilaporkan menerima notis rasmi bagi menghadiri persidangan itu.
Antara yang mengesahkan penerimaan notis itu ialah ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan ADUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.
Semalam, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali gus membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 diadakan.


