Polis rakam keterangan 8 individu termasuk ibu bapa kes budak terjatuh tingkat 13 apartmen

POLIS merakam keterangan lapan individu termasuk ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Taman Cahaya, Ampang malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, mayat kanak-kanak itu juga sudah dituntut keluarga selepas bedah siasat di Hospital Ampang selesai pagi ini.

“Siasatan kes masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media semalam melaporkan, kanak-kanak itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh seorang wanita pada 7.45 malam kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

Khairul Anuar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian di dalam rumah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img