Simbah sup ke arah penghantar makanan: Pekerja FamilyMart digantung tugas sementara

SEORANG pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman.

Dalam satu kenytaan, FamilMart berkata mereka memandang serius perkara berkenaan dan sedang mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami sedang menyiasat kejadian itu dengan segera dan pekerja yang didakwa terbabit telah digantung tugas.

“FamilyMart tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan biadab, tidak selamat atau tidak menghormati sesiapa di premis kami,’’ kata kenyataan itu lapor FMT.

Syarikat itu meminta semua pihak bersabar sementara siasatan dijalankan, sambil menambah tindakan lanjut akan diambil jika perlu.

Video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial hari ini memaparkan pertengkaran antara seorang penghantar makanan dan pekerja FamilyMart, dipercayai di cawangan rangkaian itu di The Core, Kota Damansara.

Dalam hantaran di X, seorang pengguna yang mendakwa dirinya penghantar makanan berkata dia bertanya kepada pekerja FamilyMart mengenai pesanannya, sebelum pekerja itu didakwa menjawab dengan kasar dan membaling sup ke arahnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img